Mahir Jahit Batch 4 Minggu 1 Sesi 2 (Sesi Pengenalan)
16 Julai 2026 | Aktiviti TerkiniKelas Mahir Jahit pada minggu ini tenaga pengajar telah memberikan pendedahan mengenai langkah pertama ke arah kemahiran menjahit kepada peserta yang memfokuskan kepada sesi pengenalan bagi memberikan pendedahan asas kepada para peserta mengenai dunia jahitan. Semasa dalam sesi tersebut peserta telah diperkenalkan dengan jenis-jenis alatan jahitan serta kegunaannya.Di samping itu, turut juga diberitahu asas keselamatan semasa menggunakan mesin jahit nanti.
Seterusnya memperkenalkan teknik jahitan asas sebagai persediaan untuk kelas seterusnya.Pihak NADI Pokok Sena juga mengucapkan terima kasih kepada peserta yang memberikan komitmen untuk hadirkan diri pada setiap minggu menyertai program MAHIR JAHIT ini.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: